 | LATARBELAKANG | Jan 7, 2008 |
PEWANI ditubuhkan pada 30 Januari 1991. Pada peringkat awal penubuhannya semata-mata untuk merapatkan perhubungan muhibbah dan menyatukan kakitangan wanita Universiti dan isteri-isteri di semua peringkat perkhidmatan. Kemudian ianya melangkah menjadi platform untuk menguruskan kerja-kerja amal bagi faedah ahli, keluarga mereka serta orang ramai. Akhirnya PEWANI juga turut terlibat di dalam menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran dan kemajuan diri menerusi program dan kursus yang diadakan dari semasa ke semasa, di dalam usaha memartabatkan imej wanita di institusi pengajian tinggi. Yg Bhg Tan Sri/ Dato'/ Prof/ Prof. Madya/ Dr/Tuan/Puan,
Memohon Sumbangan Derma untuk Anak Yatim Staf UiTM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PEWANI sedang menjalankan kutipan derma sepanjang Bulan Ramadhan 1430H untuk disumbangkan kepada Anak-anak Yatim Staf UiTM
Sehubungan dengan itu, pihak PEWANI ingin mengajak semua warga UiTM untuk memberi sumbangan derma sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga sumbangan ikhlas yang diberikan ini akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah S.W.T
Firman Allah S.W.T: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha mengetahui. (al-Baqarah [2]: 261)
Dan semoga dengan sedekah yang kita keluarkan ini akan mendapat sebaik-baik gantian daripada Allah S.W.T
Firman Allah S.W.T: “Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)." Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Saba’ [34]: 39)
Sabda Nabi S.A.W: "Apabila mati seorang manusia, putuslah amalannya, kecuali dari tiga perkara: Sedekah yang jariah, ilmu yang dapat diambil manfaatnya oleh manusia, anak yang soleh yang berdoa untuknya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Segala jasa baik dan sumbangan yang diberikan oleh Yg Bhg Tan Sri/ Dato'/ Prof/ Dr/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, wasalam
Attachment: surat pewani.pdfAttachment: surat pewani cawangan.pdf| Start: | Aug 15, '09 09:00a | | End: | Aug 15, '09 11:00a | | Location: | Bangunan Satelit 1 Kampus Puncak Alam |
Majlis Bacaan Yassin Sempena Ramadhan dan Pembukaan Kafe Anggerik Di Kampus Puncak Alam Semua ahli dijemput hadir Beberapa buah lagu yang menarik dan sedap didengar sebagai halwa telinga daripada Sami Yusuf.
| Mother | | My Ummah | | Sami Yusuf | | | Al-Mu'allim | | Al Mu'allim | | Sami Yusuf | | | Hasbi Rabbi | | My Ummah | | Sami Yusuf | | | My Ummah | | My Ummah | | Sami Yusuf | | | Try Not To Cry | | My Ummah | | Sami Yusuf | |
Salam Sejahtera
Kepada semua Staf Wanita UiTM,
Dengan sukacitanya anda dipelawa menjadi ahli PEWANI. Marilah bersama-sama berpersatuan dan berkebajikan. Bagi yang berminat untuk menjadi ahli PEWANI bolehlah memuat turun borang PEWANI yang diletakkan di dalam blog ini.
Terima kasih.
ZD Attachment: Borang Ahli PEWANI seumur hidup atau ahli biasa.pdfKursus fancy donut bersama ahli PEWANi telah diadakan pada 23 Mei 2008. Kepada ahli PEWANI yang tidak berpeluang mengikuti program fancy donut ini, boleh la melayari video ini untuk mengetahui cara-cara membuat donut yang mudah dan simple.
Selamat menonton dan selamat mencuba resipi donut tersebut.
Terima kasih.
ZD
|  | Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PEWANI ke 17 telah diadakan pada 6 Mac 2009, Jumaat. Bertempat di Dewan Annex UiTM Shah Alam dari jam 8.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari.
Pada AGM ke 17 in telah diadakan pemilihan AJK Induk yang baru bari sesi 2009/2011.
|
| Start: | Mar 27, '09 12:00p | | Location: | Hotel UiTM |
Majlis meraikan Exco lama yang telah berkhidmat dengan PEWANI pada sesi 2007/2009. TERIMA KASIH atas khidmat bakti yang diberikan. Mesyuarat EXCO baru sesi 2009/2011 | Start: | Apr 3, '09 3:00p | | End: | Apr 3, '09 5:00p | | Location: | Dewan Besar UiTM Perlis |
Tema warna : Pink & White AKTIVITI AMAL UNTUK MENGISI: Tabung Anak Yatim PEWANI Tabung Aktiviti PEWANI Majlis Kanser Nasional (MAKNA ) ATURCARA MENARIK : Pertunjukkan fesyen Persembahan Koir, Nyanyian dan tarian Gerai Jualan JUALAN MEJA : Ahli PEWANI - RM25.00 (seorang) Bukan Ahli PEWANI- RM35.00 (seorang) RM200.00 (1meja/8 orang) RM280.00 ( 1meja/8 orang Maklumat lanjut sila berhubung dengan :- Pn. Noorsham Mansor Ext : 4723 Pn. Hanisah Hassan Ext :4216 Pn. Junaini Arus Ext :5065 hanisah@perlis.uitm.edu.my | Start: | Mar 6, '09 08:00a | | End: | Mar 6, '09 12:00p | | Location: | Dewan Annex, UiTM Shah Alam |
Untuk Ahli PEWANI, Pelepasan waktu bertugas dari jam 8.00 pagi - 1.00 tengahari telah diberikan oleh Pendaftar kepada semua ahli PEWANI. Kelulusan pelepasan adalah untuk tujuan AGM ke 17 sahaja. Dapatkan kebenaran Ketua Jabatan dahulu |  | Majlis Perpisahan untuk Puan Zanariah telah dibuat pada 7 Nov 2008, Jumaat bertempat di Hotel UiTM. Puan Zanariah adalah Penolong Bendahari PEWANI. Beliau akan bertukar ke UiTM Terengganu pada bulan Disember 2008. PEWANI mengucapkan terima kasih di atas jasa beliau sepanjang menjadi exco PEWANI. Sebagai tanda kenangan, penghargaan dan terima kasih, pihak PEWANI memberikan sebuah buku yangtelah disampaikan oleh YDP, Datin Seri Zahariah Mohamed.
Dikesempatan itu juga PEWANI mengadakan mesyuarat dan melantik Puan Che Aminah menggantikan Puan Zanariah.
Kepada Puan Zanariah, diucapkan selamat bertugas di tempat baru. Sehingga bertemu lagi di lain ketika. Terima kasih. Wasalam.
|
|  | 15 Ogos 2008, Jumaat yang lalu PEWANI telah mengadakan lawatan ke Wad Pediatrik & Rawatan Harian Pediatrik & B.M.T. Rombongan PEWANI seramai 10 orang di sambut oleh Cik Amy daripada bahagian Korporat PPUM dan dibawa ke Wad 6 ini. Di wad 6, kami diberi sedikit penerangan oleh Ketua jururawat yang bertugas sebelum lawatan dilakukan. Wad ini menempatkan kanak-kanak yang mengidap penyakit kanser. Sepanjang lawatan Datin Seri Zahariah Mohamed menyampaikan sumbangan kepada pesakit yang berada di wad tersebut. Terima kasih buat staff PPUM yang menerima kehadiran kami dan di atas layanan yang diberikan.. Sehingga bertemu lagi di lain waktu.. Wasalam. |
|  | Pada 18 September 2008, Khamis telah diadakan majlis khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 2008. Bertempat di Dewan Solat, Pusat Islam UiTM. PEWANI juga turut serta dalam acara tersebut dengan bekerjasama dengan CITU dalam penganjuran ini.
Y.Bhg Datin Seri Zahariah menjadi perasmi dan penyampai sumbangan dalam majlis ini. Sumbangan untuk staf UiTM daripada Unit Zakat UiTM kepada asnaf yang layak.
Di majlis itu juga, PEWANI turut menyampaikan sumbangan derma daripada orang ramai kepada anak-anak yatim staf uitm dan balu.
Terima kasih kepada Pengarah CITU dan staff CITU dan diharap kerjasama seperti ini akan diteruskan lagi di lain masa.
Wassalam
|
‘JEMPUTAN DIRAJA JOHOR SEMPENA HARI SULTANAH DIPUTERIKAN.." Persatuan Wanita UiTM (PEWANI) Johor julung-julung kalinya menerima jemputan daripada Majlis Wanita Johor (MAWAR) yang dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultanah Zanariah Binti Almarhum Tunku Ahmad, Tuanku Yang DiPertua MAWAR. Sembah aluan dimulakan oleh Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Timbalan Yang DiPertua MAWAR. PEWANI menerima layanan istemewa sebagaimana selayaknya diberikan kepada orang kenamaan dan ditempatkan bersebelahan dengan meja VVIP . Kehadiran PEWANI amat mencuri perhatian seluruh Dewan Hayati, Kompleks MAWAR yang memenuhi hampir 500 orang tetamu, terutamanya di kalangan kerabat di Raja Johor. Ini mungkin disebabkan oleh uniform PEWANI yang agak berbeza daripada yang lain dan gaya anggun ahli PEWANI yang menjadi modelnya. Sambutan Hari Mawar kali ini disambut meriah kerana jatuhnya pada hari lahir Sultanah Zanariah diputerikan. Majlis diserikan dengan persembahan daripada ahli MAWAR dari setiap daerah di dalam negeri Johor. Keluarga kerabat DiRaja sempat beramah mesra dan bersalaman dengan ahli PEWANI UiTM Johor. Di antara kata-kata Tuanku yang dititahkan adalah, " Terima kasih UiTM Johor kerana sudi datang. Kita suka dengan durian Segamat. Tengah musim tak sekarang ni..?" membuatkan kami yang hadir terkedu dan rasa ralat yang berpanjangan. PEWANI UiTM Johor 7 Julai 2008 Ku Merintih, Aku Menangis, Ku Meratap, Aku Mengharap, Ku Meminta Dihidupkan Semula, Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku, Melengkapi Sebuah Kembara, Singgah Di Rahim Bonda, Sebelum Menjejak Ke Dunia, Menanti Di Barzakh, Sebelum Berangkat Ke Mahsyar, Diperhitung Amalan, Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah, Semerah Mawar Dan Jugak Rindu, 7 Langkah Pun Baru Berlalu, Susai Talkin Penanda Syahdu, Tenang Dan Damai Di Pusaraku, Nisan Batu Menjadi Tugu, Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian, Seakan Ku Dengari, Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan, Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2 Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2
Kembali Oh Kembli, Kembalilah Kedalam Diri, Sendirian Sendiri, Sendiri Bertemankan Sepi, Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku, Terbujur Dan Kaku, Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu , Tiada Siapa Yang Memberi Tahu, Tiada Siapa Pun Dapat Hindari, Tiada Siapa Yang Terkecuali, Lemah Jemari Nafas Terhenti, Tidak Tergambar Sakitnya Mati, Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang, Menantikan Malaikat Datang, Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan, Selama Ini Diceritakan x2 Kini Aku Merasakan x2 Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2
Ku Merintih, Aku Menangis, Ku Meratap, Aku Mengharap, Ku Meminta Dihidupkan Semula, Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
|  | Bukti dari NASA |
 | Pelawat | |
 | salam...saya Dharimeyatie Rashid, Sekretariat Rancangan "Apa Kata Wanita" di RTM 1...saya ingin bertanya, sekiranya saya ingin menjemput ahli-ahli PEWANI datang ke rancangan kami sebagai penonton, dengan siapa saya perlu berhubung...untuk sebarang maklumbalas boleh hubungi saya di talian tersebut atau email kepada saya...no h/p (017-745 4671)...email (dhari_atie@yahoo.com)...sekian terima kasih... |
 | Never Argue with a Woman
One morning, the husband returns the boat to their lakeside cottage after several hours of fishing and decides to take a nap. Although not familiar with the lake, the wife decides to take the boat out. She motors out a short distance, anchors, puts her feet up, and begins to read her book. The peace and solitude are magn ificent.
Along comes a Fish and Game Warden in his boat. He pulls up alongside the woman and says, 'Good morning, Ma'am. What are you doing?' 'Reading a book,' she replies, (thinking, 'Isn't that obvious?') 'You're in a Restricted Fishing Area,' he informs her.
'I'm sorry, officer, but I'm not fishing. I'm reading.'
'Yes, but I see you have all the equipment. For all I know you could start at any moment. I'll have to take you in and write you up.' 'If you do that, I'll have to charge you with sexual assault,' says the woman. 'But I haven't even touched you,' says the Game Warden. 'That's true, but you have all the equipment. For all I know you could start at any moment.' 'Have a nice day ma'am,' and he left.
MORAL: Never argue with a woman who reads. It's likely she can also think.
Send this to women/girls who are thinkers. If you receive this, you know you're intelligent. |
 |
pewani wrote on May 29, '08, edited on May 29, '08 Hello there, ladies!
Lama juga saya tidak berkongsi komen di laman ini. Beberapa peristiwa telah berlaku yang berkaitan dengan PEWANI, 1. UPENA menyewa Bilik PEWANI - kita minta mereka menyewa bilik dengan harga RM10.00 sehari, UPENA setuju dan insyaAllah kita akan sentiasa sewakan bilik PEWANI untuk mendapat sedikit tambahan duit bagi menampung wang agihan kepada anak cemerlang, anak yatim dan ibu tunggal (mungkin tak banyak, tapi harap sangat semua 'happy', 2. Kita juga sedang menunggu dengan penuh gumbira kerana , kita akan dapat RM11, 000 wang hasil sewaan gerai bunga sempena Konvokesyen ke 68 Mei 2008 (Syukur!) Seperti biasa wang itu adalah untuk diagihkan kepada ahli yang memerlukan dan aktiviti sepanjang tahun, 3. Bercakap tentang aktiviti, kita sudah melibatkan diri dengan aktiviti Penganugerahan Hari Ibu peringkat Kebangsaan pada 26 Mei 2008, dan juga kita sudah 'pandai' buat donut hasil 'ajaran Mahaguru Donut, Dr Baayah Baba yang juga EXCO PEWANI. Tahniah!
Setakat itu dulu laporan untuk kali ini. kalau ada sebarang edit dan komen silalah emel saya, khasiah62@gmail.com. Salam sayang dan semoga ceria selalu ! |
 | Salam ukhuwah kepada semua warga PEWANI di seluruh pelusuk tanah air. Pihak kami mengalu-alukan komen daripada anda semua untuk penambahbaikan web ini.Trima kasih...admin pewani |
 | Salam Ukhwah daripada Pewani UiTM Johor... |
 | Hello!! Apa khabar saudara wanita kita ? Semoga dalam keadaan girang dan gembira sentiasa |
| |